'Mansuhkan Hukuman Khalwat!!!' - Datuk Noor Farida Ariffin

'Mansuhkan Hukuman Khalwat!!!' - Datuk Noor Farida Ariffin | Antara topik yang viral di media sosial kini adalah kenyataan daripada Kumpulan Bekas Penjawat Awam, G25, Datuk Noor Farida Ariffin.


Menurut beliau, Kumpulan Bekas Penjawat Awam, G25 akan menubuhkan satu jawatankuasa perunding bagi membincangkan memansuhkan beberapa undang-undang syariah.

Antara undang-undang yang sedang di dalam pemerhatian mereka adalah hukuman terhadap perbuatan berkhalwat yang di dakwa melanggar hak serta kebebasan seseorang. Perkara ini adalah seperti termaktub di dalam perlembagaan.

Menurut Jurucakap G25 itu juga, Kumpulan itu menentang sebarang hukuman terhadap perbuatan khalwat yang dilakukan di rumah sendiri kerana itu adalah hak dan privasi individu. Perbuatan ini adalah dosa peribadi antara si pelaku dengan Allah.
Ini bertentangan dengan Islam. Apa yang orang buat di dalam rumah sendiri, anda tidak boleh mengetuk pintu pada jam 3 pagi dan menahan mereka. Ini bertentangan dengan prinsip perundangan Islam. Dosa peribadi adalah antara diri sendiri dengan Allah. 
Anda boleh masuk neraka atau tidak, atau apa sahaja tetapi bukan urusan undang-undang menghukum anda ke dalam penjara kerana melakukannya secara privasi di rumah, bukan di taman awam - Datuk Noor Farida Ariffin.
 Farida juga menyatakan pelaksanaan undang-undang itu menjadi masalah besar kerana menjadikan dosa peribadi seseorang individu sebagai satu kesalahan jenayah.

Farida turut memaklumkan jawatankuasa ini ditubuhkan untuk mengkaji sama ada undang-undang sebegini melanggar perlembagaan dan sekiranya ia, undang-undang tersebut akan dimansuhkan dan dipinda.

Selain itu, G25 juga sedang dalam usaha untuk mendapatkan pandangan serta penglibatan dari semua NGO untuk memudahkan pergerakan mereka.


0 Response to "'Mansuhkan Hukuman Khalwat!!!' - Datuk Noor Farida Ariffin"

Post a Comment