'Sampai Hati Abah Simbah Kami Dengan Air' - Kisah Sebenar 3 Beranak Ini Dihalau Jadi Viral (VIDEO)

'Sampai Hati Abah Simbah Kami Dengan Air' - Kisah Sebenar 3 Beranak Ini Dihalau Jadi Viral (VIDEO) | Baru-baru ini viral di media sosial sebuah video seorang ayah yang bertindak menghalau anak-anaknya dengan menyimbah mereka dengan air.


Adik-beradik berkenaan datang berjumpa dengan ayah mereka kerana ingin meminta untuk diwalikan. Namun apa yang mereka terima nyata memang mengejutkan.

Difahamkan daripada seorang pengguna facebook yang juga saudara mereka, ayah kepada adik-beradik berkenaan sudah hilang akal kerana terkena sihir.
Kesan hasutan bini muda janda beranak tiga akibat terkena sihir. Selepas berkahwin dengan isteri muda, pertalian dengan anak hilang. Si bapa sudah menjadi seperti dikawal oleh si bini muda. Moga Allah memberi balasan yang setimpalnya pada si bini muda yang meruntuhkan pertalian darah daging. 
Mereka pergi ke rumah lama mereka untuk bertemu dengan ayah. Apa yang berlaku ialah si anak disambut dengan 3 simbahan air baldi oleh ayah, isteri baru dan anak-anak tirinya. Si anak menunggu untuk bertemu dengan ayah sambil membaca rukyah dan sehingga azan berkumandang.
Nampaknya apa yang kita selalu saksikan di dalam drama memang berlaku di dalam masyarakat kita. Jika benar seperti yang disampaikan oleh pengguna facebook berkenaan, kami doakan semoga ayahnya terbuka pintu hatinya untuk menerima kembali anak-anaknya.

Menurut sumber lain, kejadian tersebut berlaku di Alor Star dan bukanlah di Perlis seperti dilaporkan sebelum ini.

Ayah kepada adik beradik ini yang juga seorang guru telah berkahwin dengan isteri muda yang juga janda sehingga melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah.

Kami harap dengan penjelasan sebenar kisah adik beradik ini dapat merungkaikan segala cerita yang tidak berkenaan.

0 Response to "'Sampai Hati Abah Simbah Kami Dengan Air' - Kisah Sebenar 3 Beranak Ini Dihalau Jadi Viral (VIDEO)"

Post a Comment