Sejak beberapa minggu lalu, viral di media sosial apabila Marsha dikatakan sudah memeluk Agama Islam dan akan berkahwin pada Januari ini.
Hari ini Marsha akhirnya mengiyakan kenyataan tersebut apabila penyanyi kelahiran Sabah ini sudah memeluk agama islam beberapa minggu lalu dan telah pun bertunang dengan jejaka bernama Mohd Shaiful Nizam 14 Disember yang lalu.
Ya saya sudah memeluk agama Islam. Segalanya berjalan lancar seperti apa yang dirancang. Apa yang saya harapkan penghijrahan saya ini tidak disensasikan kerana ia terlalu peribadi buat saya” Apa yang saya mohon di sini jangan dihebohkan perkara ini kerana semuanya sudah selesai demi menghormati kedua belah pihak.Malah majlis pernikahannya yang diadakan di sebuah hotel di Penang, diadakan secara tertutup tanpa sebarang liputan media.
Marsha yang akan bernikah esok ( 31 Disember 2015), seperti adat orang melayu, mengadakan majlis berinai dengan cukup sederhana. Apa pun kami percaya, Marsha pasti teruja dengan majlis perkahwinannya.
Tahniah kami ucapkan kepada Marhsa. Semoga perkahwinan ini akan berkekalan sehingga ke jannah.
0 Response to "EKSKLUSIF!!! Majlis Malam Berinai Marsha Dengan Tema Kampung Style Ini Memang Sempoi GILERR (10 Foto)"
Post a Comment