EKSKLUSIF!!! Kisah Fynn Jamal dan 'Ibu Sambal' Jadi ISU Besar Netizens ( 5 Foto )


EKSKLUSIF!!! Kisah Fynn Jamal dan 'Ibu Sambal' Jadi ISU Besar Netizens ( 5 Foto )


Penyanyi yang terkenal dengan lagu Arujan Beta itu sekali diuji, apabila ada sesetengah pihak mendakwa Fynn Jamal menciplak produk keluaran mereka.

Ceritanya bermula apabila Fynn Jamal ingin mencuba sample produk keluaran individu tersebut yang diberi nama 'ibu sambal'.

Tidak lama kemudian, Fynn Jamal mengeluarkan produk yang sama dan diberikan nama yang sama iaitu 'ibu sambal' juga.

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila individu tersebut menghubungi Fynn Jamal, ini adalah kenyataan Fynn Jamal ; -
Sorry dik, dalam bisnes ni sape cepat dia dapat
Melalui perkongsian foto-foto di laman IG Fynn Jamal, penyanyi yang baru pulang mengerjakan umrah pada Disember lalu telah pun menukar nama produknya kepada 'bapa sambal'.

kita semua yakin dengan الله, kan? :) . maka serahkan kpd الله. kalau yakin apa yg dirasa itu betul, serahkan pd الله. kalau yakin apa yg dirasa itu salah, serahkan pd الله. . semuanya hak الله. utk membalas setiapnya sama ada di dunia atau akhirat sana. yakin. . sekadar memperbersih tipudaya yang sedang berselerakan ini, biarlah kita jelaskan sekali. lepas itu, terpulanglah kepada الله. . 1) tidak pernah minta sampel. biasanya beli. kalau pun orang mau bagi, kita tetap nak bayar. produk tersebut dihulur ketika saya tidak ada pun di kedai. saya malah sedang umrah. langsung tidak tahu-menahu. masih ada dalam peti ais staff. di kedai. . 2) saya sentiasa berkongsi resepi secara percuma di #DapurFJ. sebelum itu, ada 2 akaun memasak. keduanya dah ditutup. saya rasa semua surirumah tahu buat sambal, insyaAllah. . 3) saya telah tukar nama selekasnya apabila diberitahu tentangnya. malas hendak jadikan isu. itu pun kerana ada yg menulis komen. sehingga hari ini, tidak ada sesiapa dari mana2 peniaga yg dtg menghubungi saya. jadi saya tidak pasti syarikat yg mana yg menulis mengatakan saya menulis dengan kejam sebegitu sekali. الله saksi saya. saya harap الله jua saksi dia. . 4) kalau ditaip nama ibu sambal di search engine, tidak hanya satu syarikat. ibu sambal adalah nama resepi. kalau tidak mau beli dari saya pun tidak apa, boleh beli dari mana2. saya pun cuma jual 100 botol 220ml untuk #VFood. tak ada kilang apatah lagi kuali elektrik dgn robot moden. kisar sendiri, tumis sendiri, bubuh dalam botol sendiri. tapi kemeriahannya maasyaAllah membuatkan saya mula merasakan mungkin kami patut menjadikannya ekslusif pula. terima kasih kerana memberi idea. . moga dgn ini terjelaslah. maafkan segala kesulitan dan moga2 jgn dipanjang2kan. tak maulah gaduh2, ya? semua dah besar. kita semua syg semua, kan? . bendanya kecil. usah dibesarkan. dari belah kami-- halal. . sekali lagi, serahkan pada الله. kalau pun saya salah-- serahkan saya pada الله. sebagaimana saya serahkan kalian semua kepada dia yang maha adil dalam penghakimannya. . inilah sebabnya saya tolak barang2 percuma. sebab x semua brg saya pakai. jadi macammana nak beri testimoni. harapnya faham. . terima kasih ;)

A photo posted by فصبر جميل (@fynnjamal) on

Isu tersebut, menjadi perdebatan hangat di media sosial kerana khidmat artis yang digunakan untuk membuat 'review' mula dipersoalkan.

Apa pun, kami berharap agar perkara ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik. 

0 Response to "EKSKLUSIF!!! Kisah Fynn Jamal dan 'Ibu Sambal' Jadi ISU Besar Netizens ( 5 Foto )"

Post a Comment