EKSKLUSIF!!! Aisyah Aziz Digelar Kafir Kerana Warnakan Rambut, Ini Responnya Yang Paling Deep (3 Foto)

EKSKLUSIF!!! Aisyah Aziz Digelar Kafir Kerana Warnakan Rambut, Ini Responnya Yang Paling Deep (3 Foto)



Rasanya dah lama Aisyah Aziz, penyanyi dan juga adik kepada Aliff Aziz ini berkongsikan foto-fotonya dengan warna rambut yang agak 'daring'. Tapi tak sangka pula ada orang yang mengatakannya KAFIR!!!
Pada saya tindakan individu berkenaan melabel saya sebagai kafir gara-gara warna rambut saya adalah perbuatan melampau dan siapa dia untuk berkata demikian? Kata-kata itu pula dibuat secara terbuka dan sekiranya saya hina dimatanya, apa bezanya dia dengan saya.
Sebenarnya kami juga turut merasakan kata-kata sedemkian agak melampau untuk menegur seseorang. Ada banyak cara untuk menegur sebenarnya.

Namun Aisyah tidak berhenti di situ sahaja. Die terus memberi respon kepada individu tersebut.
Saya memberitahunya bahawa saya ada kenalan yang mempunyai tatu di badannya namun hatinya lebih mulia daripada dirinya. Pada saya perkara melibatkan agama jangan cakap begitu kerana ia tuduhan yang berat dan ada caranya jika hendak menegur sesuatu perkara. Saya bukannya tidak boleh terima nasihat tetapi biarlah dengan cara betul. Saya hormat dengan peminat yang mesej saya secara peribadi untuk nasihat dan saya terima malah membalas kembali.
Buat Aisyah, bergelar artis bukanlah tiket untuk kita menidakkan hukum agama. Sebagai orang islam, kita seharusnya peka dengan perkara seperti ini.

Anggap sahaja komen-komen itu seperti mengingatkan kita tentang hukum Allah, kerana yang membezakan kita dan kafir adalah solat kita kepada Allah. Semoga anda terus istiqamah!!!

0 Response to "EKSKLUSIF!!! Aisyah Aziz Digelar Kafir Kerana Warnakan Rambut, Ini Responnya Yang Paling Deep (3 Foto)"

Post a Comment