Polis Gertak Tak Payah Solat di AJL, Tindakan Anak Muda Ini Patut Dicontohi ( 3 Foto )


Polis Gertak Tak Payah Solat di AJL, Tindakan Anak Muda Ini Patut Dicontohi ( 3 Foto )


Nampaknya, kemeriahan Anugerah Juara Lagu yang baru selesai baru-baru ini telah tercalit dengan beberapa isu daripada peminat.

Selain menghidangkan sebuah malam anugerah yang agak hambar dan membosankan, peminat yang hadir turut hampa dengan tindakan penganjur anugerah yang gagal menyediakan ruang solat untuk muslimin dan muslimat yang hadir.

Solat Itu Tiang Agama

Saya dan dua orang pemuda, seorang gadis dan sepasang suami isteri veteran bertanyakan surau…ia tak boleh digunakan kecuali untuk staf kerana ia dilaluan berhampiran pink carpet. Kami disuruh turun dan solat di luar stadium yang agak jauh dan pasti penuh. Kalau pulang sebelum 8.30 malam dan bawa keratan tiket yang telah dikoyak PASTI DIKATA KAMI MENCURI! Ada polis mmberitahu gadis itu “TAK PAYAH SOLAT LA”! Jahanam Islam polis tu ! Maka kami memulakan langkah dengan solat di dalam stadium tetapi dipepenjuru tanpa berlapik apa-apa. Setelah itu ramai turut menyusul mengikut kami berjemaah. Saya bukan mahu bagitau satu dunia saya solat…kerana ia memang wajib… Persoalannya, KENAPA TAK DISEDIAKAN RUANG KHAS JIKA SURAU SEDIA ADA TAK BOLEH DIGUNAKAN ? Boleh kata 99% dalam stadium ni MELAYU ISLAM. TAK SOLAT KE SEMUA? Period ke lelaki pun?
Berikut merupakan keluh kesah daripada salah seorang peminat yang hadir pada malam majlis berkenaan.

Tindakan mereka yang solat di kaki lima itu wajar dijadikan contoh kerana solat itu wajib. Namun persoalannya kenapa begitu mudah untuk kita membanjiri program hiburan daripada program ilmu?

Pilih Kasih 

Tidak cukup dengan itu, sesetangah majlis ilmu hanya akan ramai sekiranya ilmuan atau penceramah yang hadir adalah dari golongan ternama. Tidak samakah ilmu yang dicurahkan daripada seorang imam yang hanya berkelulusan biasa?

Pesanan ini adalah untuk saya dan diri anda. Sekiranya anda merasakan perkongisian ini berfaedah, kongiskan lah. Tiada limit dalam menuntut ilmu dan berdakwah. Sekian!!!

0 Response to "Polis Gertak Tak Payah Solat di AJL, Tindakan Anak Muda Ini Patut Dicontohi ( 3 Foto )"

Post a Comment